Taklimat Isu Bekalan Air dan Tindakan Penyelesaian Bersama Penduduk DUN Kuala Nerang
PADANG TERAP, 25 November 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menghadiri sesi perjumpaan bersama penduduk DUN Kuala Nerang yang berdepan permasalahan bekalan air, yang berlangsung semalam di Dewan Istiqlal, Masjid Tengku Sharafudin, Pulau Kijang, Kuala Nerang.
Program yang diadakan atas inisiatif Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, YB Dato’ Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria itu turut melibatkan penyertaan pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1KUuuzZfPD
SADA diwakili oleh Pengurus Wilayah Utara 2, Ir. Mohd Fathi Nadwi Mohd Fauzi dan Penolong Pengurus Teknikal Wilayah Utara 2, Encik Muhd Huzaini Zakaria.
Menerusi sesi taklimat tersebut, penduduk diberikan penerangan mengenai situasi semasa bekalan air serta perkembangan projek-projek penambahbaikan infrastruktur yang sedang dan akan dilaksanakan bagi menangani permasalahan bekalan air di kawasan terlibat.
Turut diadakan sesi soal jawab yang memberi peluang kepada penduduk untuk mengemukakan pertanyaan, menyuarakan permasalahan serta mendapatkan penjelasan secara langsung daripada pihak SADA dan agensi berkaitan.
SADA menyambut baik inisiatif seumpama ini kerana maklum balas daripada penduduk amat penting dalam membantu pihak SADA memahami keadaan sebenar di lapangan serta menyelaras tindakan penambahbaikan yang bersesuaian.
SADA merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas ruang yang diberikan serta kepada penduduk yang hadir dan berkongsi maklum balas sepanjang sesi perjumpaan tersebut.
