Kayuhan Sihat & Amal - Siri 4 (Daerah Sik)

515316264_701121129558025_2564587923991280785_n.jpg

SIK, 5 Julai 2025 - Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) melalui Biro Rekreasi, Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi SADA telah menganjurkan Kayuhan Sihat & Amal di Tasik Beris, Sik semalam.

Penganjuran kali ini melibatkan kira-kira 80 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan kumpulan kakitangan.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1GUW5bmp5a/

Kayuhan bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi. Para peserta kali ini menempuh jarak kayuhan sejauh 20KM dan berhenti di beberapa check point sepanjang perjalanan sebelum kembali semula ke lokasi permulaan.

Semoga program ini dapat memupuk budaya gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja SADA dan dapat diteruskan di masa akan datang dengan penyertaan yang lebih ramai.