Hari Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSH DAY) SADA 2025

ALOR SETAR, 7 Julai 2025 - Jabatan Keselamatan Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menganjurkan Hari Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSH DAY) SADA 2025 yang telah berlangsung di Lobi Menara SADA.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengurus Kanan Jabatan Sumber Manusia, Puan Rosnani binti Shaari yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1FwS771aQw/
Penganjuran OSH DAY SADA ini berfungsi sebagai sebuah platform bagi menghebahkan informasi terkini berkaitan isu-isu keselamatan dan kesihatan selain mempromosi pembentukan dan pemeliharaan budaya kerja selamat dan sihat dalam kalangan majikan, pekerja dan orang awam.
Tema sambutan World OSH Day tahun ini adalah ‘Merevolusikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan: Peranan Kecerdasan Buatan (AI) dan Pendigitalan di Tempat Kerja’.
Antara agensi yang turut serta dalam program ini adalah Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Kedah, Perkeso Kedah, Safetyware Sdn. Bhd., Renzo Ventures, Malaysia Road and Transportation Safety Association (MRTSA) & Honda dan Aurelius Hospital.
Program ini dibahagikan kepada dua skop iaitu pameran dan taklimat.
Pelbagai topik yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan telah dikupas oleh penceramah jemputan daripada JKKP dan PERKESO Negeri Kedah.
Semoga segala ilmu, perkongsian, serta aktiviti yang telah dijalankan dapat memberi manfaat kepada semua warga kerja SADA dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat dan produktif.






