Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP

ALOR SETAR, 12 Ogos 2025 - Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), YBhg. Dato' Ir. Pathmanathan K. serta delegasi di Menara SADA pada 11 Ogos 2025.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan baik antara kedua-dua pihak, sambil bertukar pandangan tentang isu-isu semasa yang berkaitan.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1AzkD7ozPk/
Kerjasama strategik seperti ini diharap dapat memberi manfaat bersama dalam usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan bekalan air kepada pengguna di kedua-dua negeri.
Kunjungan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati serta bergambar kenang-kenangan sebagai tanda ingatan mesra antara kedua-dua pihak.






