Projek Pembangunan Infrastruktur Air di Daerah Sik

Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah melaksanakan projek pemasangan pam angkat tinggi dan kerja-kerja penggantian paip di Loji Rawatan Air (LRA) Batu Lima, Sik.
Projek ini dilaksanakan melalui peruntukan dalaman dan merupakan antara inisiatif yang dibiayai hasil pelarasan kadar tarif. Projek ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen SADA untuk melaksanakan pembangunan infrastruktur bekalan air yang mampan di Negeri Kedah, hasil daripada pelarasan kadar tarif yang membolehkan pelaburan strategik seperti ini direalisasikan demi kepentingan pengguna.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/16rvx8nUgD/
Pemasangan pam angkat tinggi ini berfungsi untuk meningkatkan tekanan air agar lebih stabil, terutamanya di kawasan penghujung sistem agihan dan yang berkedudukan tinggi.
Lebih 60 buah kampung, taman perumahan serta premis kritikal dan fasiliti awam utama seperti Hospital Sik, Institut Kemahiran Mara (IKM) Sik, Sekolah Menengah Agama Sik dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik bakal menerima manfaat daripada projek ini. Antara kawasan terlibat ialah Kampung Tandop Pisang, Kampung Teloi Tua, Kampung Caruk Damar, Kampung Chepir, KEDA Sungai Senam, Kampung Betong, Taman Nilam, Taman Kemiri dan lain-lain.
SADA berharap agar inisiatif ini dapat meminimumkan gangguan bekalan air, khususnya masalah tekanan rendah di kawasan yang terletak di penghujung sistem agihan.






