Hari PJ SADA Siri 1

550085075_761309160205888_4471091877011369092_n.jpg

ALOR SETAR, 18 September 2025 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) hari ini telah menganjurkan program Hari PJ SADA yang berlangsung di Dewan Seminar, Aras 3, Menara SADA.

Hari PJ SADA merupakan inisiatif bulanan yang bertujuan memperkukuh kesejahteraan warga kerja serta memupuk amalan budaya sihat secara berterusan dalam kalangan kakitangan.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1a2VYDcJuf/

Program kali ini diisi dengan pelbagai pengisian bermanfaat termasuk senamrobik, ceramah kesihatan, serta pemeriksaan kesihatan percuma oleh Putra Medical Centre (PMC).

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman, Ketua Pegawai Operasi SADA, Tuan Haji Zulazni Mohd Noor, serta barisan pengurusan syarikat.

Melalui penganjuran program sebegini, SADA percaya keseimbangan antara kecergasan fizikal dan kesedaran kesihatan mampu meningkatkan produktiviti kerja, di samping mengeratkan silaturahim warga kerja SADA dalam suasana yang positif.