Kerja-Kerja Pembaikan Dan Penyelengaraan Di LRA Bukit Pinang Fasa 1 & Interim

ALOR SETAR, 21 September 2025 - Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) pada hari ini telah melaksanakan beberapa kerja teknikal melibatkan pembaikan dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang Fasa 1 & Interim.
Antara daerah yang terkesan dengan henti tugas berjadual ini ialah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1XxiW7PN6v/
Setakat jam 4.00 petang tadi, kerja-kerja di tapak masih berjalan dan SADA akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempercepatkan proses pembaikan dan pemulihan semula bekalan.
Para pengguna yang terkesan dinasihatkan agar menggunakan bekalan air yang disimpan secara berhemah bagi mengurangkan risiko terputus bekalan air.
Maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air ini akan dimaklumkan dari masa ke masa melalui platform media sosial dan laman sesawang rasmi SADA di www.sada.com.my. Para pengguna juga boleh menghubungi talian careline i-SADA di 15404 untuk sebarang pertanyaan lanjut.









