Persediaan SADA Bagi Pelaksanaan Pengurangan Operasi LRA Pelubang

558906245_776983981971739_4840230935078409752_n.jpg

ALOR SETAR, 6 Oktober 2025 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) kini berada pada tahap kesiapsiagaan penuh bagi melaksanakan kerja-kerja pengurangan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang bermula jam 10.00 malam ini (Isnin).

Pengurangan operasi LRA Pelubang ini dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pengalihan kabel 11kV di laluan bawah tanah sepanjang 250 meter. Kerja-kerja ini merupakan sebahagian skop kerja bagi projek pembinaan LRA Pelubang Fasa 2 yg sedang giat dijalankan di tapak.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1BVqSX7DXU/

Kerja-kerja ini merupakan salah satu keperluan teknikal bagi memastikan infrastruktur tenaga elektrik berada pada keadaan baik dan beroperasi dengan lebih efektif & selamat.

Bagi mengurangkan impak kepada pengguna, pasukan teknikal SADA telah menjalankan persiapan rapi termasuk mengoptimumkan kapasiti tangki imbangan bagi mengurangkan tempoh masa gangguan bekalan air.

Gangguan bekalan air berjadual ini dijangka melibatkan kira-kira 110,000 akaun pengguna di sekitar Kota Setar, Kubang Pasu, Ayer Hitam, Pokok Sena dan sebahagian Pendang. SADA menasihatkan pengguna agar menyimpan bekalan air secukupnya bagi keperluan sepanjang tempoh gangguan.

Maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air ini akan dimaklumkan dari masa ke masa melalui platform media sosial dan laman sesawang rasmi SADA di www.sada.com.my. Para pengguna juga boleh menghubungi talian careline i-SADA di 15404 untuk sebarang pertanyaan lanjut.