Kerja Pengalihan Kabel 11kV di LRA Pelubang Selesai Dengan Lancar

ALOR SETAR, 7 Oktober 2025 – Kerja-kerja pengalihan kabel 11kV bawah tanah sepanjang 250 meter telah siap sepenuhnya dilaksanakan malam tadi sebagai sebahagian daripada skop projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang Fasa 2.
Setakat jam 8.30 pagi tadi, semua sistem pengepaman yang terlibat telah kembali beroperasi secara normal. Para pengguna yang terkesan akan mula menerima bekalan air secara berperingkat. Walau bagaimanapun, tempoh pemulihan mungkin berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan pada sistem agihan bekalan air.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1CKygREVXh/
SADA sedang melaksanakan pemantauan berterusan di lapangan dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan kepada pengguna yang terjejas.
Maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air ini akan dimaklumkan dari masa ke masa melalui platform media sosial dan laman sesawang rasmi SADA di www.sada.com.my. Para pengguna juga boleh menghubungi talian careline i-SADA di 15404 untuk sebarang pertanyaan lanjut.







