Lawatan Tapak PAAB Ke Cadangan Projek Pembinaan LRA Kodiang Fasa 1

557632866_779760608360743_1233599475529259045_n.jpg

KUBANG PASU, 9 Oktober 2025 – Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) telah mengadakan lawatan tapak ke kawasan cadangan projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Kodiang Fasa 1 di Daerah Kubang Pasu.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada proses penilaian terhadap permohonan projek oleh Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) bagi menilai kesesuaian dan potensi lokasi sebelum pelaksanaan projek memasuki fasa seterusnya.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/17BntkrRpr/

PAAB diwakili oleh Ir. Ahmad Shamsuddin bin Aziz, Ts. Mohd Yusdiman Yusof, En. Fadzley Mohamad dan Muhammad Shukri Nor Azmi.

Turut hadir bagi pihak SADA ialah Pengurus Kanan Jabatan Pembangunan/R&D, Ts. Hizaruddin bin Razak, Pengurus Kanan Jabatan Pengeluaran, Ts. Mohammad Fadzly bin Jaafar serta pegawai-pegawai daripada jabatan terlibat.

Projek pembinaan LRA Kodiang Fasa 1 ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah permintaan air terawat daripada sektor industri di Negeri Kedah, khususnya bagi menyokong pertumbuhan kawasan Pembangunan DELAPAN dan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam.

Melalui pelaksanaan projek ini, SADA komited untuk memastikan keupayaan sistem bekalan air negeri sentiasa seiring dengan pembangunan pesat sektor industri dan keperluan masa hadapan Negeri Kedah.