Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat SADA 2025

559101637_782347364768734_5925345385233591416_n.jpg

JITRA, 12 Oktober 2025 – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah berlangsung dengan meriah semalam 11 Oktober 2025 di Darulaman Sport Arena, Jitra.

Program ini telah disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Pengurus Besar Teknikal & Operasi SADA, Ir. Saiful Azlan bin Mat Radhi, dan dihadiri lebih 200 orang warga kerja SADA dari seluruh Negeri Kedah.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/14Ms8abLNBi/

Penganjuran HSN SADA 2025 ini bertujuan memupuk semangat kesukanan, memperkukuh hubungan silaturahim serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja sebagai usaha meningkatkan kesejahteraan dan produktiviti.

Pelbagai aktiviti sukan diadakan antaranya futsal, pickleball, tuju tin, karom dan badminton, yang berjaya mencetuskan suasana ceria dan semangat kekitaan dalam kalangan peserta.

Program diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan sebagai penghargaan atas semangat dan usaha yang telah ditunjukkan.

HSN SADA 2025 bukan sekadar acara sukan, tetapi simbol perpaduan, keharmonian dan semangat satu pasukan yang menjadi nadi kekuatan SADA hari ini.