Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Komuniti India Sempena Perayaan Deepavali

BEDONG, 15 Oktober 2025 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui penganjuran Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Komuniti India Sempena Perayaan Deepavali yang berlangsung di Kampung Kongsi 6, Bedong Daerah Kuala Muda.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Pengurus Wilayah Kedah Tengah, En. Mohd Ashraf bin Mohd Shariff, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1CgAFyEqZL/
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) merangkap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kongsi 6, Encik Zackariah bin Ismail.
Seramai 50 orang penerima daripada komuniti setempat telah menerima sumbangan berbentuk barangan makanan keperluan harian sebagai persiapan menjelang sambutan perayaan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi.
Program ini mencerminkan keprihatinan SADA dalam menyantuni pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, selaras dengan nilai perpaduan serta semangat muhibah di negeri Kedah.
SADA berharap agar sumbangan kecil ini dapat menceriakan sambutan Deepavali para penerima, di samping mengukuhkan hubungan antara SADA dengan komuniti setempat.






