04-7400500 Ahad-Khamis: 8.00pg-5.00ptg

SADA berusaha untuk menjalankan operasi perkhidmatannya dengan penuh integriti, cekap dan profesional. Sehubungan itu, adalah penting bahawa SADA diberi amaran tentang sebarang tingkah laku tidak wajar yang boleh menjejaskan aspirasi ini.

Dalam usaha untuk menggalakkan pemberi maklumat untuk tampil ke hadapan dengan maklumat mengenai apa-apa kelakuan tidak wajar yang didakwa dilakukan oleh warga SADA, maka saluran ini disediakan di mana pemberi maklumat akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Pendedahan boleh dibuat kepada SADA jika ia berkaitan dengan kelakuan tidak wajar, yang dijangka dilakukan, sedang berlaku atau telah dilakukan, yang melibatkan penipuan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, wang atau aset SADA, pelanggaran polisi, amalan, prosedur atau undang-undang, kesilapan pengurusan yang melampau, ketirisan kewangan yang serius, gangguan seksual serta apa-apa kelakuan yang menimbulkan bahaya kepada kehidupan, kesihatan atau keselamatan SADA dan warganya.

Pemberi maklumat yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar kepada SADA dengan suci hati akan dirahsiakan identiti serta diberi perlindungan daripada tindakan yang memudaratkan. Walaubagaimanapun, perlindungan ini akan terbatal sekiranya pendedahan yang dibuat melibatkan perkara remeh, berniat jahat, maklumat palsu, motif pendedahan bagi mengelakkan pemecatan atau tindakan tatatertib lain tidak diambil, pemberi maklumat telah mengambil bahagian dalam kelakuan tidak wajar yang didedahkan atau perkara yang sedang dalam tindakan penyelesaian/prosiding dalaman SADA atau mana-mana pihak berkuasa.

Sebarang pendedahan kelakuan tidak wajar yang berkaitan dengan SADA hendaklah dibuat melalui saluran komunikasi seperti yang dinyatakan di bawah dan pemberi maklumat dinasihatkan untuk membuat pendedahan mereka secara bertulis dan memberikan butiran yang mencukupi seperti jenis atau perihalan kelakuan tidak wajar, nama individu yang telah melakukan atau terlibat dalam kelakuan tidak wajar dan 'bagaimana', 'apa', dan 'di mana' berhubung dengan kelakuan tidak wajar termasuk dokumen sokongan atau bukti, jika ada.

Pemberi maklumat digalakkan untuk memberikan identiti atau butiran hubungan mereka untuk memudahkan SADA untuk menjelaskan atau mendapatkan maklumat lanjut untuk tujuan siasatan lanjut ke atas tingkah laku yang tidak wajar ini. Mana-mana orang yang memilih untuk kekal tanpa nama dinasihatkan bahawa tiada Perlindungan Pemberi Maklumat akan diberikan dan keupayaan SADA untuk menyiasat kelakuan tidak wajar yang didakwa juga adalah terhad setakat kandungan laporan yang diterima oleh SADA sahaja.

Flowers in Chania


Salur dan adukan kepada kami maklumat salah laku yang berlaku :

Borang Aduan