HEBAHAN ( 10 hebahan)
2023-01-18
Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) sedang menjalankan proses persempadanan semula akaun bekalan air yang melibatkan akaun pengguna yang didaftarkan di bawah kod daerah Bandar Baharu dipindahkan ke kod daerah Kulim. Tujuan persempadanan ini dilakukan adalah untuk mengemaskini sistem pengebilan.
Sehubungan itu, nombor akaun bil SADA bagi premis Tuan / Puan telah dikemaskini kepada nombor akaun yang baharu bermula bulan Januari 2023.
Sila gunakan nombor akaun yang baharu seperti yang tertera di dalam bil ini untuk semua urusan dan pembayaran bil.
Sebarang pertanyaan, Tuan / Puan boleh menghubungi Pusat Informasi SADA (SIC) di talian 1300-88-0017 atau melalui e-mel aduan SADA di aduan@sada.com.my
BERIKUT ADALAH SENARAI KAWASAN YANG MELIBATKAN PERSEMPADANAN SEMULA BAGI BACAAN AKAUN BAHARU :
Kg. Badlishah
Kg. Durian Burung
Kg. Indah
Kg. Batu 10 Terap
Kg. Bendang Sara
Kg. Terap
Jalan Sungai Tengas
Kg. Batu 12 Terap
Kg. Sungai Pasir kawasan sebelah Kulim
Kg. Sungai Tengas kawasan sebelah Kulim
2023-01-15
Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) sedang menjalankan proses persempadanan semula akaun bekalan air yang melibatkan akaun pengguna yang didaftarkan di bawah kod daerah Pokok Sena dipindahkan ke kod daerah Pendang. Tujuan persempadanan ini dilakukan adalah untuk mengemaskini sistem pengebilan.
Sehubungan itu, nombor akaun bil SADA bagi premis Tuan / Puan telah dikemaskini kepada nombor akaun yang baharu bermula bulan Januari 2023.
Sila gunakan nombor akaun yang baharu seperti yang tertera di dalam bil ini untuk semua urusan dan pembayaran bil.
Sebarang pertanyaan, Tuan / Puan boleh menghubungi Pusat Informasi SADA (SIC) di talian 1300-88-0017 atau melalui e-mel aduan SADA di aduan@sada.com.my
BERIKUT ADALAH SENARAI KAWASAN YANG MELIBATKAN PERSEMPADANAN SEMULA BAGI BACAAN AKAUN BAHARU :
Kg. Lubuk Batu
Kg. Bukit Berangan
Batu 20 Kubur Panjang
Kg. Bukit Pakpom
Kg. Charuk Chelu
Kg. Tradisonal
Kg. Charuk Tok Min
Kg. Huma
Kg. Perupok
Kg. Nangka Siam
Kg. Padang Durian
Pekan Kubur Panjang
Kg. Lahar Tunjang
Kg. Paya Naikong
Kg. Kubang Pisang
Kg. Namdam
Kg. Tok Set
Kg. Cina
Kg Tok Prok
Kg. Pokok Asam
PPRT Keda Kg. Hujung Ketun
Kg. Belat
Kg. Nangka Melayu
Kg. Kebun 4 Relong
Kuarters Felda Sungai Tiang
R.K.T Sungai Tiang
Felda Sungai Tiang
Kg. Dato Syed Ahmad
Kg. Baru Sungai Putat
Kg. Wat Padang Peliang
Kg. Baru Sungai Tiang
Kg. Tradisional Sungai Tiang
Kg. Titi Akar
Kg. Belat Mk Rambai
Kg. Bukit Tegor
Kg. Bendang Pulai
Kg. Titi Akar
Kg. Paya Lipai
Kg. Rasau
Kg. Asam Pagi
2022-04-04
Bermula 4 April 2022 hingga 2 Mei 2022
2022-02-28
Untuk makluman, Pejabat Pengurusan Sada Wilayah Utara 2 (Pentadiran), Pekan Jitra 2, Jitra, Kedah akan ditutup sementara pada 28 Februari 2022 (Isnin) untuk memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi dalaman. Sebarang pertanyaan dan informasi boleh dibuat melalui e-mel aduan SADA di aduan@sada.com.my atau melalui aplikasi Whatsapp rasmi SADA di talian 011-65210500. Segala kesulitan amat dikesali.
2022-02-26
Untuk makluman, Pejabat Pentadbiran Sada Yan & Kaunter Kutipan Hasil (Wilayah Utara 1) akan ditutup sementara pada 27 Februari 2022 (Ahad) dan 28 Februari 2022 (Isnin) untuk memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi dalaman. Sebarang pertanyaan dan informasi boleh dibuat melalui e-mel aduan SADA di aduan@sada.com.my atau melalui aplikasi Whatsapp rasmi SADA di talian 011-65210500. Segala kesulitan amat dikesali.
2022-02-23
Untuk makluman, Pejabat Pentadbiran Kota Kenari (Sada Wilayah Selatan) akan ditutup sementara pada 24 Februari 2022, Khamis untuk memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi dalaman. Sebarang pertanyaan dan informasi boleh dibuat melalui e-mel aduan SADA di aduan@sada.com.my atau melalui aplikasi Whatsapp rasmi SADA di talian 011-65210500. Segala kesulitan amat dikesali.
2022-02-15
Untuk makluman, Pejabat Operasi SADA Wilayah Langkawi akan ditutup sementara pada 16 Februari 2022, Rabu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi dalaman. Aduan bekalan air boleh dibuat melalui e-mel aduan SADA di aduan@sada.com.my atau melalui aplikasi Whatsapp rasmi SADA di talian 011-65210500. Segala kesulitan amat dikesali.
2021-08-25
Berkuat kuasa 13 Oktober 2021, tukang paip yang ingin mendapatkan Permit IPA Jenis A1 atau Permit IPA Jenis A2 (Permit A2) dikehendaki memohon secara dalam talian (online) melalui sistem eCLAPS (Centralised Lisence And Permit System) yang boleh dicapai melalui laman sesawang SPAN www.span.gov.my . Ciri-ciri utama sistem ini ialah:
a. Permohonan dibuat secara dalam talian sepenuhnya oleh tukang paip termasuk pengemukaan dokumen sokongan;
b. Pembayaran fi proses dan fi pemberian dibayar bersekali secara dalam talian semasa memohon. Resit bayaran boleh dicetek sendiri oleh pemohon; dan
c. Pemohon boleh mencetak sendiri sijil permit yang dilengkapi dengan kod QR setelah permohonan diluluskan. Kad tukang paip tidak lagi dikeluarkan oleh SPAN.
Permohonan Permit A1 atau A2 secara manual hanya akan diterima oleh Agensi Perakuan di negeri-negeri yang berkenaan sehingga 30 September 2021. Untuk makluman dan perhatian tuan/puan, Permit A1 dan Permit A2 tidak dapat diproses bagi tempoh 1 Oktober 2021 sehingga 12 Oktober 2021 (tempoh peralihan) dan permohonan boleh dikemukakan menerusi eCLAPS bermula 13 Oktober 2021.
Untuk Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Pejabat SPAN Wilayah/Cawangan yang berdekatan atau hubungi talian 03-83179500 atau email permitguery@span.gov.my
2021-07-09
SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), SATU PROGRAM PEMAKLUMAN TELAH DILAKSANAKAN DIMANA PENGGUNA - PENGGUNA DOMESTIK (T1) AKAN MENERIMA MESEJ PESANAN RINGKAS (SMS) YG BERTUJUAN UNTUK MENARIK PERHATIAN PENGGUNA UNTUK MEMBUAT BAYARAN BIL AIR SECARA ATAS TALIAN (ONLINE).
PENGGUNA AKAN MENERIMA PESANAN RINGKAS DARIPADA NOMBOR 04-7001397 SEPERTI BERIKUT :-
"SADA: AKAUN ANDA MEMPUNYAI TUNGGAKAN, JELASKAN BAYARAN UTUK ELAK PEMOTONGAN. LAYARI FPX.SADA.COM.MY UNTUK KETERANGAN LANJUT. ABAIKAN JIKA TELAH MEMBUAT BAYARAN"
2021-05-16
Untuk makluman , Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang mengumpul maklumbalas daripada pengguna mengenai Rundingan Awam Cadangan Pelarasan Kadar Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kedah yang sedang dijalankan ketika ini. https://www.span.gov.my
Sehubungan itu, bagi mana - mana pengguna yang berminat untuk menyertai rundingan tersebut, sila klik pada pautan yang disediakan.
Sekian terima kasih.
