04-7400500 Ahad-Khamis: 8.00pg-5.00ptg

NOTIS PRIVASI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI PENGGUNA


PENGGUNA YANG DIHORMATI;

Notis ini bertujuan bagi mematuhi kehendak penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) (Akta 709) yang telah berkuatkuasa mulai 15 November 2013 dan bagi memaklumkan hak-hak Pengguna keatas data-data peribadi (“Data Peribadi”) yang telah dan akan Pengguna berikan kepada Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) sebagai ‘Pengguna Data’ bagi tujuan bekalan air. SADA telah didaftarkan sebagai Pengguna Data oleh Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia pada 17 Mac 2014.


DATA PERIBADI PENGGUNA

Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) akan memproses Data Peribadi berikut seperti yang diberikan oleh Pengguna kepada pihak SADA atau wakilnya bagi proses pembekalan air dan perkhidmatan lain yang diberikan yang berkaitan dengan bekalan air :

  • Nama
  • Nombor Kad Pengenalan / passport
  • Maklumat perhubungan
  • Butiran terperinci seperti alamat premis berkenaan, no. telefon bimbit, no. telefon, rumah/pejabat, no faks dan alamat e-mai
  • Maklumat akaun bil air
  • Lain-lain Data Peribadi yang diperolehi dari dokumen perundangan termasuk Perjanjian Jual Beli, Perjanjian Sewaan, Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Pengesahan Wasiat, Surat Kuasa Wakil, Sijil Kelahiran Dan Sijil Kematian.


PEMPROSESAN DATA PERIBADI PENGGUNA

Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) akan memproses Data Peribadi Pengguna bagi tujuan berikut :

  • Untuk tujuan pengenalan identiti dengan Pengguna
  • Membekalkan air untuk premis Pengguna dan lain-lain perkhidmatan.
  • Menyerahkan bil berkaitan ke premis
  • Menyenggara pengkalan data dan proses-proses yang berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan
  • Membangunkan dan menyenggarakan sistem bekalan air
  • Mendapatkan wang yang kena dibayar
  • Menjalankan penguatkuasaan mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655); dan
  • Berkomunikasi dengan Pengguna

Data Peribadi dan maklumat Pengguna sangat diperlukan oleh Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) bagi tujuan menyediakan perkhidmatan bekalan air dan agar tidak menjejaskan keupayaan untuk memberikan perkhidmatan seperti dinyatakan di atas.


KEPADA SIAPA DATA PERIBADI ANDA DIKONGSI?

Tertakluk kepada pematuhan undang-undang dan kewajipan pengawalseliaan, Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) mungkin akan menzahirkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan seperti dibawah bagi memenuhi tujuan yang dinyatakan -

  • Ejen dan Pembekal perkhidmatan/ Tukang Paip;
  • Ejen Pemungut Hutang;
  • Pembekalan perkhidmatan pemprosesan data;
  • Mana-mana badan perundangan (regulatory bodies) atau agensi penguatkuasaan undang-undang atau orang perseorangan yang berhak melalui Perintah Mahkamah atau proses undang-undang
  • Peguam yang dilantik untuk melindungi dan mempertahankan hak atau harta syarikat, kakitangannya dan syarikat-syarikat yang berkaitan dan/atau kumpulan syarikatnya.
  • Sekiranya perkongsian diperlukan untuk melindungi kepentingan anda dan jika persetujuan anda sebelum itu tidak praktikal untuk diperoleh
  • Dengan pihak ketiga yang telah kami berkontrak untuk memberikan perkhidmatan berkaitan bekalan air kepada anda.

SADA akan membenarkan pihak ketiga mengakses sistemnya bagi tujuan menyediakan perkhidmatan teknikal yang diperlukan dan untuk memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan bagi pihak SADA, dengan syarat bahawa pihak ketiga tersebut terikat dengan Polisi Privasi SADA.


DARI MANA KAMI MENGUMPULKAN DATA ANDA

Kami memperolehi Data Peribadi anda dari pelbagai sumber seperti berikut:

Maklumat yang diberikan oleh anda secara fizikal di kaunter-kaunter perkhidmatan di Pejabat SADA sewaktu permohonan pembekalan air atau melalui pengisian maklumat melalui saluran digital seperti e-Aduan dan sistem FPX SADA.


BAGAIMANA KAMI MELINDUNGI DATA PERIBADI ANDA?

Kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi privasi data anda, baik dalam bentuk fizikal atau digital, ini termasuklah menyediakan prosedur dan langkah-langkah keselamatan yang mematuhi sistem keselamatan piawai standard. Langkah-langkah ini akan disemak secara berkala untuk memastikan ia berkesan dan mencukupi. Kami juga telah menyediakan sistem kawalan perlindungan privasi yang direka untuk memastikan data peribadi anda tetap selamat. Setiap kakitangan SADA mesti mematuhi polisi privasi dan kerahsiaan SADA. Hanya kakitangan SADA yang dibenarkan mengakses maklumat peribadi anda dan akses tersebut adalah terhad oleh keperluan. Di samping itu, mana-mana syarikat yang kami kontrakkan menjadi ejen dalam menjalankan perniagaan kami adalah dikehendaki untuk mematuhi perjanjian kerahsiaan bagi memastikan maklumat anda tetap selamat dan terjamin. Semua pekerja SADA dikehendaki membuat Akuan bahawa mereka memahami dan mematuhi Polisi Privasi ini. Pekerja yang melanggar polisi privasi kami adalah tertakluk kepada tindakan tatatertib.


PENYIMPANAN DAN PELUPUSAN

Kami akan hanya menyimpan Data Peribadi anda sepanjang tempoh kami menyediakan perkhidmatan kepada anda sebagai memenuhi keperluan peraturan dan perundangan dan memenuhi keperluan dalaman SADA. Jika Data Peribadi anda tidak lagi memenuhi mana-mana keperluan di atas dan anda tidak lagi menjadi pelanggan kami, SADA akan memusnahkan dan memadamkan secara kekal Data Peribadi anda selepas tahun ke sepuluh (10) anda tidak lagi menjadi pelanggan SADA.


AKSES, PEMBETULAN DAN ADUAN

Pengguna boleh pada bila-bila masa (tertakluk kepada fi) mengemukakanpermohonan bertulis meminta akses membuat pembetulan atau memohon untuk menghadkan pemprosesan terhadap Data Peribadi atau untuk apa-apa aduan ke alamat dan e-mel seperti berikut :-


PEGAWAI PEMATUHAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA)
892, Jalan Sultan Badlishah,
05000 Alor Setar, Kedah.
Telefon: 04700500
Fax : 047400510
Email : kamal@sada.com.my



Kali terakhir Notis Privasi ini dikemaskini adalah pada Januari 2022.



PRIVACY NOTICE

Dear valued customers,


PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010 (“Act”)

This notice serves to comply with the Act and to inform you on your rights regarding your Personal Data which has been and might be surrendered to Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) as ‘Data User’ for the application of water supply. SADA was registered as a Data User by the Malaysian Personal Data Protection Commissioner on 17 March 2014.


DATA SUBJECTS’ PERSONAL DATA

Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) will process the following personal data surrendered by you or your authorized representative as provided in the relevant forms for the water supply agreement:

  • Name;
  • Identification card or Passport number;
  • Premise address where water will be supplied;
  • Contact details such as correspondence address, mobile phone number, telephone number, facsimile number and email address;
  • Account Details for Water Supply; and
  • Personal Data derived from any legal documents given by you including but not limited to Sale & Purchase Agreement, Tenancy Agreement, Letter of Administration, Grant of Probate, Power of Attorney, Birth Certificate and Death Certificate.


DATA SUBJECTS’ PERSONAL DATA PROCESSING

Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) will process your personal data for the following purposes: -

  • For the purpose of identification with the customer
  • Supply of water and any other related services;
  • Delivery of related bills to your premise;
  • For maintenance of consumer database and customer service related process;
  • For developing and maintaining water supply system;
  • For bill payment processing and recovery of payment due;
  • For enforcement of law under Water Services Industry Act 2006; and
  • Communicating with you.

Your Personal Data and information are required by Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) for the purpose of providing water supply services and so as not to affect the ability to provide services as stated above.


DISCLOSURE OF PERSONAL DATA

Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) might disclose your personal data to third parties from different group of class which are classified as follows:-

  • Contractors/ plumbers;
  • Debt collecting agencies;
  • Data processing service provider;
  • Any regulatory body or law enforcement agency, or any person entitled to it by virtue of a Court Order or legal process; and
  • Lawyers appointed to defend and protect the rights and property of the Data User or its personnel.
  • Disclosure is needed to protect your interests and if your prior consent is impractical to obtain
  • With third parties we have contracted to provide water supply related services to you.

SADA will allow third parties to access its system for the purpose of providing technical services and to provide your personal information to third parties providing services on behalf of SADA, provided that such third parties are bound by the SADA’s Privacy Policy.


COLLECTION OF PERSONAL DATA

We obtain your Personal Data from various sources as follows:

Information provided by you physically at the service counters at SADA’s Office during the application of water supply or through the filling of information through digital channels such as e-Aduan and SADA’s FPX system website


DATA PROTECTION

We will do our best to protect the privacy of your data, whether in physical or digital form, this includes providing procedures and security measures in compliance with standard security systems. These measures will be reviewed periodically to ensure they are effective and adequate. We have also provided a system of privacy protection controls designed to keep your personal data safe. Every employee must adhere to SADA’s privacy and confidentiality policies and such access is limited by necessity. In addition, any third party companies that we contract in the conduct of our business is required to comply with a confidentiality agreement to ensure that your information remains safe and secure. All SADA’s employees are required to make a Declaration that they understand and comply with this privacy policy. Employees who violate our Privacy Policy are subject to disciplinary action.


RETENTION OF PERSONAL DATA

We will only retain your Personal Data for the duration of the period we provide the service to you. If your Personal Data no longer meets any of the above requirement and you are no longer our customer, SADA will destroy and permanently delete your Personal Data after the tenth (10) year when you are no longer a SADA’s customer.


ACCESS, AMENDMENT AND COMPLAINT

You may at any time, in writing (subject to certain fees), apply for an access, make amendment/correction, or limit the processing on your Personal Data or lodge any complaint to the Data Protection Compliance Officer to the address below:


Officer

Data Protection And Compliance Committee

Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA)
892, Jalan Sultan Badlishah,
05000 Alor Setar, Kedah.
Telepohone : 04700500
Fax : 04-7400510
Email : kamal@sada.com.my



This Privacy Notice was last updated in January 2022.