Polisi Syarikat
- Sentiasa mengutamakan pelanggan melalui layanan yang cepat, tepat dan mesra.
- Sentiasa mengutamakan kualiti dalam semua urusan yang dilakukan.
- Sentiasa menilai dan melakukan pembetulan dan penambahbaikan ke atas tugas - tugas yang dijalankan.
- Sentiasa menghayati nilai - nilai korporat yang ditetapkan.
- Sentiasa berdisiplin, tekun dan amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.
- Sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia menerima perubahan dan idea - idea baharu.
- Sentiasa mematuhi dasar, prinsip dan peraturan kerja yang ditetapkan.
- Sentiasa mengamalkan semangat bekerjasama dan budaya kerja berpasukan.
- Sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan diri melalui pengetahuan, kemahiran dan intergriti.
- Sentiasa peka terhadap pemeliharaan alam sekitar.
Nilai Korporat
- Menghargai masa.
- Mengutamakan kualiti.
- Mengutamakan pelanggan.
Nilai Sokongan
- Amanah, proaktif, berilmu, kreatif, disiplin, inovatif, yakin, sabar, tekun, keterbukaan, berpasukan dan prihatin.
Dasar Kualiti
- SADA komited untuk mencapai visi dan misi syarikat melalui pendekatan, pengurusan kualiti secara menyeluruh, penambahbaikan yang berterusan, profesionalisme kerja yang tinggi serta mematuhi undang - undang dan dasar syarikat dalam usaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan pada setiap masa.
Tema Korporat
- Berintergriti, cepat dan berkualiti ke arah kecemerlangan.
Visi & Misi Syarikat
Visi
- Menjadi syarikat perkhidmatan air bersih bertaraf regional.
Misi
- Membekalkan air yang bersih, selamat serta mencukupi melalui perancangan dan pembangunan infrastruktur air yang lengkap.
- Sistem agihan bekalan air yang berkesan, pemantauan kualiti air serta penggunaan teknologi terkini.
- Perkhidmatan pengguna yang cekap dan terlatih kepada semua pengguna domestik dan komersial.
- Pengurangan masalah Non Revenue Water (NRW) di Negeri Kedah.